Okay, cerita aku sebenarnya pasal kehidupan aku yang kebelakangan ni agak stres, ditambah pula SPM semakin dekat. tapi bukan kebelakangan ni ja, rasanya aku dah memang stres lama dah semenjak duduk dengan mak sedara aku ni. dorang layan aku adik beradik macam kuli dorang. itu ini semua aku adik beradik kena ikut ja, dah macam 'kerbau dicucuk hidung' (?) eh, betol ntah pepatah tu? haha
Kami selalu sangat dituduh buat benda yang sebenarnya kami tak buat pun. contohnya :
1. bibik depa tuduh kami bagi pecah gelas. padahal kami semua tak gunakan gelas time cuti tu disebabkan kami semua duduk dekat rumah tuk di sebelah bila mak sedara aku satu family pergi bercuti dekat Singapore tahun lepas.
2. bibik tu tuduh kami setiap kali lauk dan nasi yang dimasak habis. sedangkan memang dia masak sikit sangat dan family sedara aku and BIBIK tu sendiri suka merantah lauk-pauk tu semua. then dorang cakap kami adik beradik memang suka melantak makanan, patutla gemuk semua. hello, maybe aku and adik prempuan aku gemuk sikit, tapi adik aku laki tu kurus hensem okay!
3. setiap kali cousin laki aku yg umur 10 tahun tu nak main, dia mesti ajak adik laki aku tu main skali. then kadang2 adik aku tengah buat kerja sekolah atau study, dia dengan suka hati pi buat fitnah dekat maktok dia and bibik tu cakap aku tak bagi adik aku main. yo, adik laki aku kot. suka hati la nak suruh dia buat apa pun! tak kacau dia pun. and selepas 15 minit, apa lagi? memang aku and adik prempuan aku tu la kena bash itu ini.
4. dah agak berbulan aku terperuk dekat rumah ja. dorang keluar tak pernah nak bawa kami bertiga. bertanya pun tidak. lepas tu bila bawa keluar pun, dorang buat macam tak nak keluar ja. kami ditinggalkan dekat rumah untuk menghabiskan lauk-pauk yang tak sedap yang dimasak oleh bibik yang memang tak reti masak tu.
5. paling geram hari ni la. dorang semua bash adik perempuan aku tu. dorang tuduh dia kenapa tak bagi adik laki aku main sedangkan memang adik laki aku tak mau main pun dengan kazen laki aku tu. adik aku nak study sebab mak aku janji nak bagi dia hadiah kalaw dapat result elok dalam exam ni. kazen laki aku tu salah faham ingat kami semua cakap dekat dia F*CK, pdahal kami bertiga tengah cakap pasal lain. and kazen aku tu sendiri yang cakap F*CK tu dekat adik prempuan aku tu. then bila mak sedara aku dan kazen prempuan aku tu balik dari buat facial [orang kaya la katakan], terus bash adik prempuan aku tu. adik aku cuba nak terang balik dan suara dia slightly meninggi, then kazen prempuan aku tu menyampuk marah skali. siap pergi tulis dekat twitter bagai. aku paling pantang bila duk update benda alah begini semua dekat social network ni.
6. remote aircond satu rumah dorang sembunyikan. tak nak kami buka aircond setiap malam sedangkan mereka sendiri buka aircond dah macam 24 jam. kalaw dah tak nak kami buka aircond tu cakap ja, ni tidak. dorang sembunyikan remote tu then bila kami tanya pasal remote, dorang buat muka spuluh sen cakap "tak taw tak taw". tak ka nampak sangat dorang tak nak bagi kitorang buka?
itu saja kot yang aku larat tulis. sebenarnya banyak ja lagi apa yang dorang dah buat dekat kami semua tapi kami tak pernah mengadu dekat sesiapa. walaupun mak kami pun kami tak cerita sebab kami tak mau dia susah hati sebab kami tinggal jauh sangat dari dia. aku tulis ni pun bukan sengaja nak buka aib sesiapa, tapi emmang seriously aku cakap aku dah tak tahan. memang mengira hari ja bila SPM aku ni nak habis. tak sabar nak keluar dari rumah ni. aku adik beradik cuma pesan dekat diri kami satu ja "kekayaan di dunia ni tak kekal. apa yang mereka buat dekat kami hari ni, mungkin akan dapat balik dekat dorang nanti."